Skim Cepat Kaya Di Muar Tipu

Satu sindiket skim cepat kaya dikesan menggunakan individu berpengaruh termasuk pensyarah, imam, guru dan ustaz bagi menarik minat orang ramai menyertai mereka yang menawarkan keuntungan pelaburan tidak munasabah sehingga jutaan ringgit dengan hanya bermodalkan RM1,000.

Pelabur yang menyertai skim ini diberi tempoh selama seminggu dan selepas itu boleh memungut keuntungan pelaburan masing-masing.

Pendedahan ini dilakukan seorang mangsa Zulkifli Atan Surip, 38, yang kerugian kira-kira RM5,000 selepas dua minggu menyertai skim perjanjian mulut ke mulut berkenaan.

Katanya, tiada sebarang resit mahupun dokumen diberikan kepada pelabur selepas membuat bayaran.

“Bagaikan melafaz akad aku janji, termaktub perjanjian pelaburan dan keuntungan dan ia sekadar janji dari mulut ke mulut.

“Penduduk setempat terlalu mudah percaya kerana sindiket terbabit menggunakan individu berpengaruh di satu-satu kawasan untuk memujuk orang,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Parit Jawa, semalam.

 

Facebook Comments
Close