Senarai Nama Mangsa Kejadian Tanah Runtuh Hulu Langat

Berikut adalah senarai nama 25 mangsa yang terlibat dalam tragedi tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat dekat sini hari ini.

Sehingga pukul 11.30 malam tadi, 10 mangsa yang terkorban terdiri daripada lapan pelajar dan dua penjaga, sembilan mangsa cedera dan enam lagi masih tertimbus.

Senarai nama yang terkorban menurut nama panggilan mangsa di rumah anak yatim berkenaan: 1. Azrel, (8) 2. Nael (8) 3. Shahrul, (9) 4. Boboy, (10) 5. Farid, (34) 6. Eqim * 7. Zaim * 8. Angah * 9. Rahimi * 10. Zaid Ashwal (18) Sembilan yang terselamat iaitu: 1. Khairul, (9) 2. Hairis * 3. Harris * 4. Akmal * 5. Aizat * 6. Alaudin * 7. Irwan, (33) 8. Din, (30) 9. Syafiz, (22) Enam yang masih tertimbus ialah: 1. Riz (9) 2. Lokman (11) 3. Fahad (9) 4. Aiman (10) 5. Hazim, (9) 6. Hasril (11) * umur tidak diketahui

– Bernama

***************************************

update:

Mayat empat lagi kanak-kanak mangsa tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat, dekat sini, ditemui awal pagi ini.

Mayat tiga daripada mereka yang hanya dikenali sebagai Riz, Fahad dan Hazim, kesemuanya berumur 9 tahun ditemui pada pukul 4.21 pagi, manakala mayat kanak-kanak yang hanya dikenali sebagai Boboy, 11, diitemui pada pukul 5.05 pagi.

Dengan penemuan empat mayat itu, kesemua mereka yang dilapor tertimbus dalam kejadian itu telah ditemui, kata polis.

Kejadian pada pukul 2.30 petang semalam itu mengakibatkan 25 orang terdiri daripada penghuni, warden dan kakitangan rumah anak yatim itu tertimbus. 16 orang ditemui mati manakala sembilan yang lain cedera, tiga daripadanya kritikal.

Polis berkata operasi mencari dan menyelamat kini dihentikan dan akan disambung pukul 8 pagi ini.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close