Sekali Salah Group FB Daa…

Pagi Tadi sebaik sahaja Belalang online, Belalang terus la mempromosi entry Belalang yang bertajuk ‘BLOGGER FRIENDLY | TENGKORAK EMAS’ disetiap group blog yang Belalang sertai. Memang begitu la kebiasaannya jika Belalang ada entry baru dan Belalng rasa perlu dikongsikan di Facebook, akan Belalang lakukan begitu.

Semua group blogger yang Belalang sertai semua Belalang tinggalkan link URL dengan harapan akan ada dua tiga rakan blogger berminat untuk membacanya. Sebaik habis sahaja Belalang siap tinggalkan semua link di group-group Facebook, Belalang pun terus saja offline. Hingga la lepas pukul 12 tadi Belalang online balik.

seperti yang dijangka memang akan ada trafik dari Facebook yang sudi singgah membaca entry Belalang tersebut. sambil online Facebook, Belalang layan pula encik Nakal chatting. Tengah best-best chatting tiba-tiba Belalang terperasan ada satu admin group Facebook yang bukan berkaitan dengan blog telah like satu link entry Belalang di groupnya.

Hairan jugak Belalang entry Belalang yang mana admin itu like sebab setahu Belalang, Belalang tak ada tinggalkan apa-apa link di group tersebut. dengan perasaan tertanya-tanya Belalang pun klik la notification tersebut untuk melihat link mana yang telah di like.

Tepuk dahi kejap Belalang lihat rupa-rupanya link entry blogger friendly yang Belalang tinggalkan tu, Belalang dah tersilap tinggal di group yang tiada kena-mengena dengan blog. Nasib baik admin blog tu tak sound Belalang sebagai spam. Ni semua gara-gara nama group tersebut hampir menyamai dengan nama group ‘Komuniti Gila Blog’… Hahaha…

Kepada admin tersebut, terima kasih ye sebab sudi like dan tidak marah Belalang. Admin tu memang seorang admin yang friendly lah… Nanti pas nih Belalang buat entry admin friendly, Belalang amik admin tu sebagai admin mula yang Belalang review… Hahaha

Facebook Comments

Comments are closed.

Close