Rogol Pelajar Dalam MPV

Seorang pembantu jualan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang dekat sini hari ini atas tuduhan merogol seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun dalam sebuah kereta mewah, dua minggu lalu.

Khairul Ivan Iqmal Khairul Azizan Saw, 22, didakwa melakukan perbuatan tersebut terhadap mangsa terbabit dalam sebuah kereta jenis Toyota Alphard berwarna putih di tepi Jalan Kosas 3/9, Ampang Jaya di sini pada pukul 11 pagi, 11 Mei lalu.

Pemuda tersebut didakwa mengikut Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nur Hafizah Rajuni tidak mencadangkan sebarang ikat jamin terhadap tertuduh atas alasan kesalahan yang dilakukan adalah serius dan mengelakkan gangguan terhadap mangsa.

Peguam Roslan Hassan yang mewakili Khairul Ivan Iqmal bagaimanapun memohon anak guamnya diikat jamin dengan alasan tertuduh telah bekerjasama dengan pihak polis sepanjang siasatan dijalankan.

Hakim Manira Mohd. Nor membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkan tertuduh melapor diri di balai polis yang berhampiran kediamannya pada Sabtu pertama setiap bulan.

Beliau menetapkan 20 Jun ini untuk sebutan kes tersebut.

Memetik laporan akhbar 12 Mei lalu, tertuduh didakwa mengekori remaja terbabit yang dikatakan sedang berjalan kaki.

Lelaki tersebut yang bersendirian didakwa telah memberhentikan kenderaan di hadapan remaja itu sebelum bertindak menariknya masuk ke dalam kereta tersebut serta merogolnya.

Facebook Comments

Incoming search terms:

  • kisahrogol (26)

Comments are closed.

Close