Randy ‘Macho Man’ Savage Maut Kemalangan

Legenda gusti profesional Amerika Syarikat, Randy ‘Macho Man’ Savage terbunuh dalam nahas jalan raya kelmarin dekat rumahnya di Seminole, lapor pasukan peronda lebuh raya Florida.

Bekas juara gusti itu yang bersuara garau, menggunakan kostum berwarna warni dan laungan ‘Ooh, yeah’ sebelum bertarung, dilaporkan hilang kawalan kenderaan yang dipandunya iaitu sebuah Jeep Wrangler 2009 pada 9.25 pagi waktu tempatan, kata penyiasat kemalangan.

 

Kenderaan dipandunya merempuh pembahagi jalan konkrit. Nahas itu tidak disebabkan beliau mabuk. Savage yang nama sebenarnya, Randy Mario Poffo berusia 58 tahun.

Savage dan isterinya memakai tali pinggang keledar ketika kejadian, Bagaimanapun, isterinya hanya cedera ringan. Kerjaya Savage dalam gusti bermula pada 1985 hingga 1993.

Meskipun media memetik adik Savage memberitahu bekas ahli gusti itu mengalami serangan jantung ketika memandu, ia hanya boleh disahkan selepas bedah siasat, kata anggota keselamatan.

Savage yang pernah bermain besbol menempa nama sebagai ‘Macho Man’ dalam Persekutuan Gusti Dunia (WWF) yang kini dinamakan WWE dan memenangi banyak gelaran.

“Beliau ikon gusti,” kata seorang lagi bekas ahli gusti terkenal, Dusty ‘The American Dream’ Rhodes. – Reuters

Facebook Comments

Comments are closed.

Close