Potong Telinga Peniaga | Orang Malaysia Semakin Berani

Glup! Baca akhbar Metro berkaitan dengan seorang pemandu lori memotong telinga seorang peniaga hingga parah betul-betul menyebabkan Belalang tertelan air liur.

Zaman sekarang ni cukup takut kalau terbuat apa-apa kesilapan kecil di luar sana. Ini kerana orang kita da tak boleh terima perkataan ‘maaf’. Orang kita sekarang ni dah semakin berani. Menerima permohonan maaf orang lain akan menyebabkan orang kita kelihatan bacul!

Oleh itu langkah yang paling tepat ialah tiada maaf bagimu! Kalau kau buat silap dengan aku, aku terus jatuhkan hukuman ikut suka hati aku! Undang-undang negara belakang kira. Mungkin itu la yang bermain di kepala-kepala mereka yang berani terlebih ini.

Berbalik kepada peniaga yang dipotong telinga. Pelaku yang juga pemandu lori sebaik mengheret mangsa ke arah semak berhampiran, telinga mangsa terus dipotong sebelum mangsa dihumban ke dalam longkan berdekatan.

Nasib baik anak mangsa terjumpa mangsa yang tidak sedarkan diri itu. Kalau tidak entah apa la nasib mangsa. Kes masih disiasat oleh polis.

Untuk membaca berita tersebut, klik sini.

Facebook Comments
Close