Pilihan Raya Umum 13 | PRU-13 11.11.11?

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mencetuskan teka-teki mengenai tarikh Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 apabila menyebut timbulnya ramalan bahawa ia akan diadakan pada 11 November 2011 ekoran angka 11 merupakan nombor yang signifikan dengan beliau.

Pada masa yang sama, beliau tidak mengia atau menafikan ramalan tersebut ketika ditanya pemberita sebaliknya berkata, ramalan sedemikian memang menjadi kegemaran dalam arena politik sebelum ini.

– Utusan

Facebook Comments
Close