Penyanyi Alyah Bertunang November Ini?

dengarnya penyanyi Alyah yang terkenal dengan lagunya yang bertajuk ‘Tak mungkin kerana sayang’ bakal menjadi tunangan orang pada November tahun ini.

Khabarnya bakal tunang Alyah seorang jejak berasal dari Gelang Patah, johor. Status si jejaka hanyalah orang biasa. Bukan Datuk, Tan Sri atau orang-orang kenamaan.

Namun berita ini bukanlah datang dari mulut Alyah sendiri sebaliknya disampaikan oleh seorang juru andam yang rapat dengan artis-artis.

Sekiranya berita ini benar, tahniah diucapkan kepada Alyah. Apapun kita tunggu dan lihat samada tuan empunya diri akan bersuara mengenai hal ini atau sebaliknya.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close