Misteri Kehilangan Nelayan | Mayat Ismail Ditemui

Mayat nelayan, Ismail Rejab, yang dilaporkan hilang bersama empat lagi sejak 4 Mei, ditemui terapung di perairan Sungai Besar, Sabak Bernam dekat sini kira-kira pukul 7 pagi ini, dengan kesan kelar di leher dan hentakan di kepala.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Supt. Noor Mushar Mohamad berkata, mayat Ismail ditemui kira-kira 30 kilometer dari jeti Kampung Bagan Sungai Besar, tempat bot yang dinaiki kesemua mangsa ditemui pada Ahad lepas.

“Mayat ditemui oleh anggota kita yang sedang menjalankan kerja mencari di sekitar kawasan perairan berhampiran lokasi kejadian.

Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sabak Bernam untuk dibedah siasat kira-kira 11 pagi,” katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata, identiti Ismail, 41, disahkan isterinya, Rosnani Mat Noor, 36.

Jelas beliau, polis masih menunggu laporan lengkap bedah siasat sebelum membuat keputusan terhadap kertas siasatan kes itu yang sebelum ini dibuat di bawah kes orang hilang.

— Bernama

Facebook Comments
Close