Mayat Osama Disemadikan Di Laut? Apa Hal?

Sedih Belalang membaca berita yang mayat Osama Bin Laden telah disemadikan di laut kononnya tiada negara yang mahu menerima jenazah pejuang islam itu. Benarkah begitu? Atau sebenarnya Amerika tidak mahu langsung yang nama Osama berada dalam sejarah perjuangan orang-orang islam bimbang dikemudian hari akan lahir generasi penentang mereka yang baru?

Apa-apa pun Belalang tetap merasakan tak wajar langsung Amerika menyemadikan jenazah Osama di laut. Sangat merepek alasan tiada negara yang mahu menerima jenazah pemimpin Al-Qaeda itu.

Baca petikan berita berikut yang Belalang ambil dari berita online-

—————————————–

Pegawai Amerika Syarikat (AS), berkata mayat Osama bin Laden sudah disemadikan di laut selepas pemimpin Al-Qaeda itu terbunuh dalam serangan yang diketuai AS di Pakistan, awal pagi tadi. 


Selepas serangan itu, pegawai berkenaan berkata, mayatnya akan diuruskan mengikut amalan dan tradisi Islam.
Katanya, amalan itu memerlukan mayat umat Islam ditanam dalam tempoh 24 jam dan usaha mencari negara yang sanggup menerima mayat Osama adalah sukar.
Berikutan itu, beliau berkata, AS membuat keputusan menyemadikannya di laut. 


Bagaimanapun, pegawai yang tidak mahu mendedahkan namanya, berkata lokasi Osama disemadikan tidak didedahkan.


– AP 





Facebook Comments

Comments are closed.

Close