Mariah Carey Lahirkan Anak Kembar

Penyanyi Mariah Carey melahirkan anak kembar lelaki dan perempuan, kelmarin, hari ulang tahun ketiga perkahwinannya dengan pelakon Nick Cannon.

Menurut jurucakap selebriti itu, Cindi Berger, anak pasangan berkenaan dilahirkan sejurus selepas jam 9 pagi di sebuah hospital di bandar raya ini.

Cindi berkata, berat bayi itu masing-masing melebihi 2.26 kilogram. Nama mereka masih belum diumumkan. Mariah dan Cannon berkahwin pada 30 April 2008. “Anak pasangan itu dilahirkan pada hari ulang tahun perkahwinan mereka,” kata Cindi dalam satu kenyataan.

“Mariah tidak merancang itu semua!,” katanya lagi. Mariah mengumumkan kehamilannya Oktober tahun lalu. Cannon berkata, mereka menangguhkan pengumuman tentang kehamilan Mariah kerana penyanyi itu pernah mengalami keguguran sebelum itu.

– Reuters

Facebook Comments

Comments are closed.

Close