Maharaja Lawak Minggu Ke 9 | Siapa Tersingkir?

Belalang rasa malam ini mungkin malam terakhir untuk sesi penyingkiran sebelum bermulanya Final Maharaja Lawak. Dah semakin suspen rancangan ni. Nabil yang kita anggap kuat dan konsisten pun boleh turut dipanggil naik ke atas pentas minggu lepas. Memang sesuatu yang diluar jangkaan.

Undian terendah pada masa ini adalah kumpulan Balas. Adakah balas yang akan meninggalkan gelanggang Maharaja Lawak pada malam ini? Mungkin ya mungkin juga tidak.

Apa-apa pun, jangan lupa untuk kembali ke blog ini untuk melihat keputusan siapa tersingkir yang akan Belalang update sebaik sahaja keputusan diperolehi.

———————————————————————————-

Update:

Jika minggu ke 8 peminat dikejutkan dengan Nabil yang berada di kedudukan tiga terendah, namun pada minggu ini Nabil telah berjaya mengelak daripada berada pada tiga kedudukan terendah.

Sebaliknya Sepah pula yang mendapat undian terendah bersama-sama Balas dan juga R2.

Dan peserta yang meninggalkan Gelanggang Maharaja Lawak minggu ke 9 ialah…

BALAS

Minggu depan Maharaja Lawak belum memasuki pusingan final sebaliknya pihak Astro telah memutuskan untuk meneruskan tiga minggu lagi program Maharaja Lawak.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close