Maharaja Lawak Minggu Ke-6 | Siapa Tersingkir?

Maharaja Lawak minggu ke-6, gelanggang Dibuka lagi untuk minggu ini bagi mencari dan menobatkan pelawak terbaik dari yang terbaik diantara finalis-finalis peserta Raja Lawak. Jika dilihat Man telah beberapa minggu terselamat dari tersingkir walaupun pada awal-awal gelanggang dibuka Man sentiasa berada di kedudukan terbawah.

Untuk minggu ini kedudukan undian sehingga kini adalah seperti berikut. Tempat teratas masih lagi menjadi milik Jozan, diikuti oleh Nabil, Sepah, Jambu, Balas, Man dan yang terakhir adalah Amir. Adakah Amir peserta yang akan meninggalkan gelanggang pada malam ini?

Jangan lupa untuk kembali ke blog ini bagi melihat siapa yang bakal tersingkir pada Maharaja Lawak minggu ke-6 ini. Keputusan akan di update sebaik sahaja keputusan diperolehi.

——————————————–
update:



Tiga peserta yang dipanggil naik kepentas kerana mendapat undian terendah ialah Balas, Amir dan Man. Dan peserta yang diumumkan terpaksa meninggalkan gelanggang Maharaja Lawak minggu ke 6 ialah…










Tiada Siapa Tersingkir!!!
🙂
Facebook Comments

Comments are closed.

Close