Lelaki Simbah Asid Berada Di Johor?

Kes simbah asid yang menyebabkan para wanita di ibu kota berada dalam ketakutan nampaknya telah merebak ke Johor Bahru.

Kelmarin heboh di Facebook, Twitter dan juga SMS yang lelaki mirip wajah si penyimbah asid itu telah dilihat di Johor. Tiga kejadian simbah asid juga telah dikesan disini.

Di bawah berita asal tentang hal ini yang Belalang ambil dari akhbar Kosmo.

————————————————————————————

Selepas Lembah Klang, mungkinkah lelaki yang terlibat dengan siri kes menyimbah asid kini beralih sasaran ke Johor Bahru pula?

Itu persoalan yang heboh diperkatakan sejak kelmarin selepas maklumat kejadian itu tersebar melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), laman sosial Facebook dan Twitter.

Mengikut mesej tersebut, lelaki bermotosikal terbabit terlibat dalam kejadian simbah asid terhadap tiga mangsa yang kesemuanya wanita di daerah ini kelmarin.

Satu kes didakwa berlaku di hadapan pusat beli-belah Jusco di Tebrau pada pukul 4 petang, diikuti seorang wanita disimbah asid di Setia Indah pada pukul 8.15 malam dan mangsa terakhir di Taman Daya pada pukul 9.30 malam.

————————————————————————————–

Benarkah kejadian yang disebut di atas? Ada sesiapa warga Johor yang boleh berkongsi atau mengesahkan kesaihan berita di atas?

 

Facebook Comments
Close