Lagu Baru Finalis Mentor 5

Lagu-lagu sendiri kepunyaan finalis Mentor yang terdiri dari Shiha, Salma dan Iqa diperdengarkan kepada peminat lebih awal sebelum konsert akhir berlangsung.

Kalau Mentor yang sudah-sudah, penonton dan peminat Mentor hanya dapat mendengar lagu kepunyaan sendiri finalis Mentor pada malam konsert, namun berbeza untuk musim ini.

Shiha akan mendendangkan lagu yang bertajuk ‘Bila Bertemu Mu’, sementara Salma pula akan membawakan lagu yang bertajuk ‘Aku Permata’ dan tajuk lagu untuk Iqa pula ialah ‘Di Penghujungnya’.¬†Ratnah juga telah menerima sebuah lagu untuknya yang bertajuk ‘BB Aku’.

Untuk mendengar kesemua lagu-lagu tersebut, sila layari web gua.com.my. Belalang sendiri masih belum berkesempatan untuk mendengar lagu-lagu mereka berikutan masalah line internet yang lembab. Kalau ada yang sudah mendengar, kongsikanlah mengenai pandangan anda tentang lagu-lagu mereka, best ke tidak. Boleh?

terima kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close