Kuala Lumpur Dan Sesat!

Assalamualaikum dan salam sejahtera pengunjung-pengunjung bawah tanah sekalian. Alhamdulillah Belalang baru saja samapi ke Kuala Lumpur semalam. Datang ni pun atas urusan kerja. Pagi ni perlu hadir ke suatu pejabat atas urusan rasmi. Time korang baca entry ni, Belalang mungkin dah sampai ke sana (entry ni ditulis pukul 7n pagi). Habis saja meeting Belalang, cadangnya nak terus balik.

Untuk tahun ini, inilah kedatangan Belalang Ke KL untuk kali pertama. Biasa la, kalau takde hal penting memang tak sampai punya. Tahun sudah dua tiga kali juga datang. Satu ja masalah Belalang setiap kali datang ke KL dan Belalang pun dah tau akan terjadi ialah SESAT! serius cakap Belalang langsung tak hafal jalan-jalan di KL.

Walaupun ada yang cakap pada Belalang “Senang jer jalan-jalan kat KL tu, kau nak pegi sini amik jalan ni. Kau nak pegi sini amik jalan ni. Kau nak bla…bla…bla…” senang ya amat dengar orang cerita tapi bagi Belalang tetap susah. Mengingat nama-nama jalan di KL dan tempat dan macam kena study formula fizik pula Belalang rasa. Hahaha…

Ok la Belalang nak bersiap dahulu. Belalang akan offline untuk satu masa yang panjang. Doa-doakanlah Belalang selamat dalam perjalanan Belalang. Dan satu Lagi, kalau ada tips-tips nak ingat tenpat dan nama jalan di KL, tolong drop di ruangan komen ya. Terima kasih…

Facebook Comments

Comments are closed.

Close