Kereta Ditimpa Mayat separuh Bogel

Siapa yang tidak terkejut jika dengan tiba-tiba kereta yang dipandu tiba-tiba dihempap oleh sesuatu objek dan objek itu pula adalah mayat manusia! Kalau kena pada Belalang, tentu sampai termimpi-mimpi.

Tapi itu la kejadian yang telah menimpa sepasang suami isteri apabila kereta yang sedang dinaiki ditimpa oleh mayat separuh bogel. Mayat seorang wanita itu dipercayai terjatuh dari kondominium.

Di bawah berita tentang kejadian tersebut yang Belalang ambil dari Berita harian.

—————————————————————————-

Sepasang suami isteri tua terkejut kereta mereka dihempap mayat seorang wanita separuh bogel dipercayai terjatuh dari tingkat 13 sebuah kondominium dekat pusat beli-belah di sini pagi semalam.Kejadian kira-kira jam 10.45 pagi itu berlaku ketika kereta dinaiki pasangan itu memasuki tempat letak kenderaan pusat beli-belah terbabit apabila dikejutkan dengan dentuman kuat belakang kereta mereka.

Mereka keluar memeriksa sebelum melihat seorang wanita dipercayai sudah meninggal dunia terbaring dalam keadaan tidak berbaju dan berlumuran darah.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Meor Hamdan Meor Mohamad, berkata wanita terbabit berusia 26 tahun dipercayai terjatuh dari bilik tidur unit sewaannya di tingkat 13 sebuah kondominium berhampiran.

“Hasil siasatan awal mendapati dia berasal dari Vietnam dan mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan bahan. Mayat dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat,” katanya.

Difahamkan polis mengambil keterangan seorang lelaki berusia 40-an yang dipercayai berada bersama mangsa dalam rumah sewa berkenaan sebelum kejadian terbabit.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close