Harga Minyak Akan Naik Dalam Waktu Terdekat?

Rakyat diminta bersedia untuk menerima kenaikan harga petrol dan minyak yang dijangka berlaku dalam tempoh terdekat.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah tersebut terpaksa dilakukan memandangkan kerajaan menanggung beban subsidi yang tinggi ekoran kenaikan harga minyak mentah di pasaran.

Katanya, jika langkah itu tidak diambil, kerajaan akan mengalami defisit yang lebih tinggi pada masa akan datang.

“Hingga sekarang trend dunia tidak nampak langsung tanda-tanda minyak mentah akan turun tetapi ia terus kekal dan terus naik,” katanya.

– Utusan

Facebook Comments

Comments are closed.

Close