GPS Ke Seremban

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pengunjung bawah tanah. Minggu sudah Belalang baru saja pulang dari Kuala Lumpur atas urusan rasmi. Tup, tup, dua hari sudah Belalang mendapat panggilan pula yang Belalang terpaksa bergegas ke Seremban atas urusan rasmi juga yang dirancangkan esok.

Letih perjalanan pun rasa macam tak habis lagi, dah nak kena start drive jauh lagi. Cadangnya lepas Jumaat ni Belalang akan bertolak. Seperti biasa, Belalang akan singgah bermalam di Semenyih, rumah sepupu Belalang.

Dalam entry Belalang bertajuk Kuala Lumpur dan sesat, ada yang cadangkan Belalang supaya gunakan GPS untuk elakkan dari sesat. sebenarnya memang Belalang gunakan GPS setiap kali ke sana. Memang betul ia membantu Belalang dalam mencari jalan, walaupun GPS tu bawa Belalang ke jalan jauh tapi sekurang-kurangnya sampai juga daripada berpusing-pusing tak tentu arah.

Malam ni jika tiada apa-apa masalah, Belalang akan online dari semenyih. Esok pagi-pagi terus ke Seremban selepas itu terus pulang ke Kulim. Jumpa lagi malam nanti ya. Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close