Final Piala FA Kelantan vs Terengganu | Stadium Mana?

Venue perlawanan akhir bola sepak Piala FA antara Kelantan dan Terengganu yang akan berlangsung pada 11 Jun depan hanya diketahui selewat-lewatnya minggu ini.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad berkata, pemilihan venue untuk perlawanan akhir itu akan diputuskan mesyuarat majlis jawatankuasa FAM dalam tempoh terdekat.

“Sama ada venue melibatkan Kelantan atau Terengganu, ia tidak akan berlaku memandangkan kapasiti kedua-dua stadium tidak mampu menampung jumlah penonton yang ramai,” katanya.

Perlawanan akhir itu dijangka berlangsung di Stadium Shah Alam yang berkapasiti 80,372 tempat duduk berikutan Stadium Nasional Bukit Jalil masih dalam proses penyelenggaraan dan memerlukan belanja RM500,000 jika FAM berhasrat menggunakannya.

Pada aksi separuh akhir kedua kelmarin, Selangor tumbang dengan agregat 6-2 kepada Kelantan, dan Terengganu menang bergaya ke atas Pahang dengan agregat 5-2.

Buat pertama kali dua negeri pantai Timur bakal beraksi di pentas akhir Piala FA dengan Kelantan tidak pernah menjulang piala itu sejak diperkenalkan pada 1990.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close