Salma Juara Mentor Musim Ke 5

Nampaknya bahang final Mentor musim ke 5 hampir ke kemuncaknya apabila esok (29 Mei) adalah penentu siapa yang akan dinobatkan sebagai Juara Mentor untuk musim kali ini.

Ramai yang beranggapan Shiha antara yang paling layak untuk dinobatkan sebagai juara musim ini kerana memiliki vokal yang cukup mantap ditambah dengan aksinya yang konsisten hampir setiap minggu.

Namun apalah kurangnya dua lagi peserta final iaitu Salma dan Iqa. Mereka juga memiliki kehebatan dan vokal yang tersendiri tersendiri. Tambahan pula pertandingan yang menggunakan konsep realiti selalunya mempunyai keputusan diluar dugaan.

Jadi jangan lupa untuk menyaksikan final Mentor musim ke 5 29 Mei 2011 yang akan berlangsung bertempat di Auditorium MBSA, Shah Alam serta bersiaran secara langsung di TV3 pada malam esok.

———————————————————————————-

Update:

Jangkaan peminat-peminat mentor yang Shiha bakal menjadi juara untuk musim ini nyata meleset sama sekali kerana juara sebenar yang baru dinobatkan sebentar tadi ialah…

SALMA!!!

 

Salma berjaya memperolehi markah sebanyak 85 diikuti Shiha 63 dan Iqa 56. Tahniah diucapkan kepada Salma kerana berjaya muncul juara Mentor Musim Ke 5.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close