(Gambar) Elly Mazlein Bertunang dengan Azmi Hatta

Tahniah diucapkan kepada Elly Mazlein yang akan mengikat tali pertunangan pada hari ini 29 Mei 2011 dengan pengarah Filem Azmi Hatta.

Mazjlis pertunangan mereka berdua akan diadakan di Dewan Berjaya, Bukit Kiara Equestrian Park pada pukul 11 pagi. Semoga Selepas ini Elly dan pasangannya akan cepat-cepat pula naik pelamin.

Untuk membaca berita mengenai pertunangan tersebut, klik sini.

———————————————————————————

Pelakon Elly Mazlein menaiki kereta kuda ke majlis pertunangannya di Dewan Berjaya, Bukit Kiara Equestrian Resort, di sini, Ahad.

Elly yang ditemani ibunya dan pereka kostum pertunangan, Eilla Faizshah dari Busana Cinta dijangka akan bernikah dengan pengarah filem Duhai Si Pari Pari, Azmi Hata, 36, pada Februari tahun depan.

Pasangan itu telah berkenalan sejak 2009 dalam satu pertemuan yang tidak dirancang melalui rakan. Seterusnya selang lima bulan selepas itu, mereka mula serius bercinta sebelum Azmi melamar Elly pada Februari lalu.

Majlis yang berlangsung bermula pukul 11.30 pagi itu turut dihadiri oleh 100 jemputan yang terdiri daripada keluarga kedua-dua belah pihak.

Sambil duduk di pelamin indah berkonsepkan ‘menyunting si dara di taman larangan’ rekaan Faiz Sabari dari Reka Teemor dengan warna pastel seperti merah jambu dan putih, ibu Azmi, Zaleha Ahmad menyarungkan cincin di jari manis Elly.

Kedua-duanya berbalas lima dulang hantaran daripada pihak lelaki manakala tujuh dulang daripada pihak perempuan seperti kek, manisan dan sirih junjung.

Elly memilih Azmi, duda beranak dua iaitu Azim, 10 dan Aqif, 9, yang bercerai beberapa tahun lalu.

Elly turut pernah berlakon di bawah beberapa drama arahan Azmi seperti Hantu Gigi, Relakan Cinta dan Kasih Berbunga Lalang.

Facebook Comments

Incoming search terms:

  • azmi hatta (28)
  • azmi hatta pengarah (11)

Comments are closed.

Close