Bonda Sultan selangor Mangkat

Bonda Sultan Selangor, Raja Nor Saidatul Ihsan Tengku Badar Shah, 88, mangkat di Hospital Ampang Puteri dekat sini pukul 9 pagi tadi.

Jenazah dibawa ke Istana Alam Shah, Klang sebelum disemadikan di Makam Diraja Shah Alam selepas solat Asar.

Almarhum merupakan isteri pertama kepada AlMarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, ayahanda Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Bersama Almarhum Sultan Salahuddin, Raja Nor Saidatul Ihsan dikurniakan tiga putera dan empat puteri iaitu Sultan Sharafuddin, Tengku Puteri Sofiah, Tengku Sulaiman Shah, Tengku Puteri Seri Zanariah, Tengku Abdul Samad Shah, Tengku Puteri Arafiah dan Tengku Puteri Aishah.

 

Facebook Comments

Comments are closed.

Close