Blogger Friendly | Tengkorak Emas

Projek ni dah lama Belalang nak jalankan tetapi selalu jer Belalang tangguh-tangguh dan terus tangguh. Apa la Belalang nih. Debik sebijik baru tau. Moral dia kalau dah terniat nak start buat sesuatu benda tu, baik terus buat jangan tangguh-tangguh.

Ok-ok, sebenarnya Belalang nak review blogger-blogger yang sentiasa menyokong blog Suara Bawah Tanah milik Belalang ini. Sokongan disini bermaksud sentiasa mengunjungi Belalang dan meninggalkan komen-komen pada entry Belalang. Belalang memilih untuk menamakan segmen review dari Belalang ini sebagai ‘Blogger Friendly’ kerana Belalang percaya sekiranya korang mengenali dengan blogger-blogger yang Belalang review ini, korang tentu akan berasa seperti telah lama mengenali mereka walaupun hanya kenal melalui blog.

Belalang memberi penghargaan pertama ini kepada seorang sahabat blog Belalang yang sentiasa datang memberi komen yang sangat bernas di setiap entry Belalang. Blogger yang Belalang maksudkan itu ialah Tengkorak Emas (TE).

Kalau tak silap Belalang, sudah setahun atau hampir setahun Belalang mengenali TE. Pertama kali melihat blog TE, Belalang agak yang TE ni seorang yang ganas atau rock! orangnya. Namun jangkaan Belalang itu meleset sama sekali. Rupanya TE seorang yang sangat bijak mengatur kata-kata yang berbentuk motivasi (walaupun dia seorang peminat gusti!). Membaca entry-entry dari TE memang mampu membuat kita berfikir dan merenung kembali kehidupan kita. Pun begitu bukanlah semua entry TE serius. Ada juga entry-entrynya yang santai.

Selain itu TE sangat pandai dalam design-design. Ada ja idea kreatif dia. TE juga seorang yang sangat meminati permainan rubik dan meminati pasukan bola sepak iaitu Manchester United hinggakan setiap kali MU menang atau kalah akan ada entry dari TE…. Hahaha

Kepada TE Belalang ucapkan terima kasih kerana sekian lama begitu setia mengunjungi blog Belalang. TE begitu setia mengikuti perkembangan blog Belalang hingga ke hari ini. Kepada korang yang belum mengenali blogger Tengkorak Emas, Belalang syorkan korang pergilah bersahabat dengannya. Nescaya tak rugi.

Siapa pula ‘Blogger Friendly’ selepas ini? Nak tau kena la tunggu dan lihat. Yang pasti mereka yang Belalang suggest untuk kenal ini memang blogger-blogger yang best! Tungguuuu…

Facebook Comments

Comments are closed.

Close