Blogger Friendly | Rumah 4 Tingkat

Kalau sebelum ini Belalang dah kenalkan Tengkorak Emas yang kipas susah mati Manchester United, kali ni Belalang akan perkenalkan seorang lagi rakan blogger yang banyak menyokong blog Belalang waktu baru mula-mula nak dikenali. Melalui blogger ini juga la Belalang dapat Kenal dengan Blogger Tengkorak Emas.

Empunya blog ini menggelarkan dirinya dengan nama Kie-yu. Nama Blognya pula ialah Rumah 4 Tingkat. Sudah lama Belalang tak nampak Kie-yu di lapangan penulisan blog. Namun mengenangkan Kie-yu memang seorang blogger yang teramat friendly dan sporting maka patut  Belalang kenalkan dia juga.

Kie-yu ni pantang nampak entry terbaru di blog Belalang sure dia akan datang komen. Pendek atau panjang dia tetap drop komen walaupun entry yang Belalang tulis tu terlampau la kosongnya. Dan untuk pengetahuan korang Belalang juga pernah mendapat kiriman kada raya daripada Kie-yu, rujuk entry tersebut di sini.

Entah kenapa dengan tiba-tiba Kie-yu tidak lagi update blognya seperti selalu. Sibukkah dia atau kesihatan terganggu? Belalang doakan semoga Kie-yu berada dalam keadaan baik-baik dan sihat hendaknya. Jika ada kelapangan, kembalilah memeriahkan dunia blog yang semacam semakin berkembang kebelakangan nih. Kisah Kie-yu yang friendly ini Belalang abadikan pada entry kedua ‘Blogger Friendly’…

Nantikan orang ketiga yang Belalang akan review sebagai Blogger Friendly.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close