Blogger Friendly | Blogger Senyum-senyum

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog bawah tanah. Sori ya amat kerana dengan tiba-tiba Belalang ter’stop’ untuk memperkenalkan lagi beberapa blogger yang selalu berkunjung dan sudi drop komen di blog Belalang. Tiba-tiba pulak dalam 2 3 menjak ni urat malas Belalang timbul. Hahaha

Tanpa membuang masa lagi Belalang perkenalkan blogger friendly untuk kali ni iaitu ‘Diana senyum-senyum’. Sape yang cakap tak kenal dengan blogger ini memang nipu la gamaknya sebab Belalang rasa Diana ni rajin komen pada entry kawan-kawan blogger. Memang support abis la semua kawan-kawan blogger dia.

Entry-entry yang dihasilkan Diana adalah hasil kreativitinya tanpa mencedok mana-mana tempat seperti berita atau ape. Maknanya setiap entry yang dihasilkan adalah original dari hasil penulisannya, tak main arr copy paste (sebenarnya ayat ni kata pada Belalang sendiri…huhuhu). Belalang sangat kagum kerana Diana begitu kerap meng’update ‘ blog dengan entry-entry yang sangat menarik. Macam mana Diana mencari idea dalam menghasilkan entry yang menarik sebegitu? Korang try la pancing-pancing dia supaya kasi tips menulis sket. Belalang pun teringin nak tau jugak. Hee…

Akhir kata dari Belalang kepada Diana, terima kasih ye kerana sudi selalu-selalu berkunjung ke blog Belalang ni. Harap Diana akan selalu dan terus support blog Belalang sampai Bila-bila ok…

Dan kepada korang-korang pulak yang masih belum kenal dengan blogger hebat ini, dipersilakan untuk berkenalan dengan Diana blogger Senyum-senyum. Cepat-cepat amik ilmu apa yang patut dari Diana. Hahaha

Terima kasih,

Facebook Comments

Comments are closed.

Close