Blog Makcik Hajjah

Pertama kali Belalang menatap blog makcik Hajjah yang secara terang-terang menghina agama Islam, meremang bulu roma. Tiba-tiba terasa satu kesedihan apabila melihat agama yang Belalang anuti dipermain-mainkan sebegitu rupa.

Tak pedulilah samada dia seorang penganut agama Islam yang betul ke, menyamar ke, malayu murtad ke, apa-apa je la, yang pasti tindakan penulis blog yang menggunakan nama Makcik Hajjah itu harus dihentikan segera!

Mungkin terbit keseronokan di hati penulis blog tersebut apabila melihat begitu ramai pembaca yang melatah dan memaki hamunnya. Seronok mengapi-apikan kemarahan umat Islam. Tapi awas! Perbuatan penulis blog ini jika tidak dibendung Belalang khuatir akan memberi kesan yang lebih buruk kepada keharmonian negara dan juga akidah pembaca.

Kepada pihak berwajib, sekali lagi Belalang seru tolong ambil tindakan sewajarnya dengan segera. Jangan hanya bersikap nanti dan nanti, tengok dulu dan terus tengok. Nak tunggu hingga meletusnya sesuatu yang buruk, alamatnya dah terlambat untuk mengambil apa-apa tindakan waktu itu. Lagi pun isu mengenai penghinaan makcik Hajjah ni bukanlah sesuatu yang baru. Kalau tak silap Belalang Facebook makcik ini pernah keluar berita-berita di TV.

Cegah sebelum parah!

 

**Tiada print screen atau link yang Belalang sertakan untuk ke blog tersebut. Tak sanggup untuk Belalang menatap lama-lama blog sebegitu…

Facebook Comments

Comments are closed.

Close