Bekas Polis Maut Jatuh Bangunan | Elak Dicekup JAWI

Seorang bekas anggota polis,49, maut selepas terjatuh dari tingkat 16 sebuah hotel di ibu negara ketika cuba mengelak daripada dicekup sepasukan anggota Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) yang melakukan operasi cegah maksiat di hotel berkenaan kira-kira jam 2 pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zulkarnain Abdul Rahman mangsa cuba melarikan diri melalui tingkap biliknya yang terletak di tingkat 16 hotel di mana dia menginap bersama pasangannya.

Beliau berkata, mangsa mati serta-merta di tempat kejadian dipercayai akibat mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

Zulkarnain berkata, pihak JAWI telah mengambil keterangan daripada pasangan mangsa yang dipercayai janda berumur lingkungan 40-an untuk membantu siasatan dan beliau enggan mendedahkan identiti pasangan terbabit.

Kematian diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

– Bernama

Facebook Comments

Comments are closed.

Close