Atur Perlawanan Liga | PBNS Buat Laporan

Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) hari ini membuat laporan polis mengenai kegiatan mengatur keputusan perlawanan membabitkan pasukan Negeri Sembilan dalam Liga Piala Presiden.

Presiden PBNS, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, laporan polis itu dibuat oleh pengurus pasukan Piala Presiden negeri, Bahari Abd Rahman dan Setiausaha Kehormat PBNS, Datuk Abd Halim Abd Latif di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban di sini.

“Laporan polis itu bagi menyiasat beberapa pemain termasuk pengurusan skuad bola sepak Piala Presiden negeri ini yang disyaki terlibat dengan kegiatan mengatur perlawanan. Ini kerana kita mempercayai terdapat pemain termasuk individu di peringkat pengurusan pasukan Piala Presiden yang terlibat dengan aktiviti mengatur keputusan perlawanan.

“Saya dengan berat hati dan kesal ingin perkara ini disiasat segera dalam usaha memastikan wabak ini dapat segera dibendung sebelum ia menjadi barah yang boleh menular dan mengakibatkan keruntuhan bola sepak negara,” katanya dalam sidang media di Wisma Negeri di sini hari ini.

– Bernama

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close