Anang Dan Ashanty Perlu Segera Bernikah

Guru agama penyanyi Anang Hermansyah, Kiai Mahmud Nahrowi mengarahkan penyanyi itu menikah segera dengan pasangan duetnya, Ashanty selewat-lewatnya September tahun ini.

“Kedua-dua orang tua Anang dan Ashanty sudah merestui hubungan mereka,” kata Kiai Mahmud yang ditemui di Jember, Jawa Timur, baru-baru ini.

Kiai itu berpendapat Anang dan Ashanty mempunyai jodoh. Maka, guru Pondok Pesantren Riyadussholihin di daerah Mayang itu mengarahkan Anang segera berkahwin dengan Ashanty. Anang meluahkan perasaannya kepada Ashanty selepas selsesai menyanyikan lagu duet Menentukan Hati dalam porgram Dahsyat pada minggu lalu.

“Mahukah kamu menjadi jodohku?,” tanya Anang kepada Ashanty sambil menggenggam tangannya. Selepas diajukan pertanyaan itu, Ashanty mengatakan dia ingin menjalin hubungan dengan bekas suami Krisdayanti itu dengan baik. Ketika ditanya sama ada dia akan berkahwin dengan Anang, Ashanty menyerahkannya pada takdir.

– Agensi

Facebook Comments
Close