Anak Kartika Sari Dewi Jatuh ke Dalam Sungai Perak?

Err… Belalang tak pasti pula ini Kartika Sari Dewi yang mana. Tapi kalau tak silap Kartika ni model yang hampir kena hukuman rotan satu masa duhulu tu (gambar sebelah kiri). Betulkan Belalang jika Belalang tersalah orang ye.

Anak Kartika dilaporkan hilang pada pukul 12 tengahari kelmarin. Polis syak yang anak Kartika yang berusia 9 tahun terjatuh ke dalam sungai Perak.

Berikut adalah laporan berkaitan berita tersebut-

————————————————-

Anak sulung bekas model sambilan, Kartika Sari Dewi, yang dilapor hilang semalam dipercayai terjatuh ke dalam Sungai Perak. 


Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Supt Azman Salim, berkata kehilangan Muhammad Azfar Muhammad Affandi, 9, disedari pada 12 tengah hari semalam oleh keluarganya lalu melaporkan kepada polis.


“Gerakan mencari dengan bantuan pasukan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Rela dan penduduk kampung sehingga tengah malam tadi gagal menemui kanak-kanak itu,” katanya.


Beliau berkata, Azfar dipercayai terjatuh ke dalam Sungai Perak kerana ketika kejadian dia tinggal di inap desa milik keluarga mereka di sini yang terletak berhampiran sungai itu.

———————————————-

Semoga Muhammad Azfar selamat dan segera ditemui. Doa-doakanlah yang terbaik untuk ibu dan anak tersebut…

Facebook Comments

Comments are closed.

Close