Anak-Anak Derhaka | 2 beradik pukul, maki, halau ibu

Seorang ibu bukan saja dipukul dua anaknya, malah dihalau dari rumah ekoran tidak memberi wang yang diminta dalam kejadian di Kampung Pandan Dalam, kelmarin.

Dalam kejadian jam 10 malam itu, ibu berusia 41 tahun terbabit mengalami lebam di muka dan badan selepas dipukul anak lelaki dan perempuannya.

Kejadian dikatakan bermula apabila anak lelaki mangsa yang berusia 19 tahun dan baru balik dari berjumpa rakannya tiba-tiba meminta wang, namun mangsa memberi alasan tiada wang menyebabkan anaknya itu bertindak kejam memukul mangsa selama beberapa minit.

Sumber polis berkata, mangsa turut dicekik anaknya selain kepalanya dihentak pada dinding.

Katanya, pertelingkahan dua beranak itu bertambah parah apabila anak perempuan mangsa yang berusia 20 tahun pula campur tangan dengan turut bertindak memarahi dan memukul ibu mereka tanpa belas kasihan.

“Anak perempuan mangsa turut menghalau mangsa keluar dari rumah dengan memaki hamun menggunakan perkataan tidak sepatutnya termasuk menggunakan panggilan ‘babi’.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close