Akhirnya Osama Bin Laden Terkorban

Setelah hampir 10 tahun tentera Amerika memburu Osama Bin Laden, akhirnya hari ini Osama dilaporkan telah terkorban dalam satu serangan yang dilakukan oleh tentera Amerika.

Dibawah adalah petikan berita yang diambil dari sebuah akhbar online-

————————————-

Pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden maut dalam satu pertempuran dengan tentera Amerika Syarikat (AS) di Pakistan dan jenazahnya kini dilapor berada dalam simpanan AS, umum Presiden Barack Obama hari ini.


Obama dalam satu pengumuman rasmi berhubung perkara itu di White House hari ini berkata, Osama terbunuh dalam satu operasi diketuai AS di Islamabad.


– Reuters

Facebook Comments

Comments are closed.

Close