Wan Azizah Berkata ‘Itu Bukan Anwar’

Isteri kepada Anwar, Wan Azizah telah mengeluarkan kenyataan bahawa video seks yang didakwa melibatkan pemimpin tertinggi pembangkang yang panas dikatakan kini bahawa pelaku utama itu bukan suaminya seperti yang di gembar gemburkan.

Wan Azizah telah mengeluarkan kenyataan itu daam satu sidang media yang turut dihadiri oleh Karpal Singh, Nurul Izzah dan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Di bawah adalah petikan berita terebut-

———————————

Keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menafikan dakwaan bahawa beliau adalah lelaki dalam video seks yang sebahagian daripadanya telah disiarkan di internet semalam.


Isteri Anwar yang juga presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kata video itu merupakan “bukti paling jelas” bahawa suaminya bukanlah lelaki yang mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur itu.


Beliau berkata, keluarganya telah memutuskan untuk menonton video yang disiarkan di Internet itu dan mendapati jelas bahawa susuk badan lelaki berkenaan terlalu berbeza dengan susuk badan Anwar.


Untuk membaca berita penuh, klik sini.

————————————

**Tak tau nak cakap apa.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close