Video Seks Pembangkang: Karpal Cadang Tayangkan Di Parlimen

Karpal Singh menyeru supaya pihak berkuasa menayangkan video seks yang didakwa konon melibatkan ketua pembangkang di tayangkan di Parlimen.

Berikut adalah laporan mengenai hal tersebut-
—————————————–
Karpal Singh menyeru pihak berkuasa menayangkan video seks Carcosa di Parlimen kerana ia mempunyai imuniti untuk melindungi ahli parlimen daripada sebarang liabiliti jenayah.

Ahli parlimen Bukit Gelugor itu berkata, mendedahkan video itu untuk tatapan umum merupakan kesalahan mengikut Seksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002 dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan.

Bagaimanapun, katanya, jika ditayangkan di dalam Parlimen akan memberi imuniti kepada ahli parlimen daripada sebarang liabiliti jenayah atau lain-lainnya.

Baca berita penuh di sini.
————————————
Mungkin ini jalan terbaik bagi merungkai segala kekeliruan yang wujud. Atau dengan mewujudkan Suruhanjaya Siasatan Diraja juga mampu menyelesaikan perkara ini?
Facebook Comments

Comments are closed.

Close