Video Seks Pembangkang: Group Facebook Diwujudkan

Seperti yang dijangka apabila wujud sesuatu yang perrkara yang panas, maka akan wujud la group atau page mengenai hal itu contoh macam time Piala AFF Suzuki aritu, berebut-rebut nak buat group mengenai temasya itu. Lepas itu time Ana Raffali menang juara lagu, wujud juga group yang mempertikai kemenangannnya dan bermacam-macam group lagi yang akan wujud seiring dengan panasnya isu tersebut pada masa itu.

Terbaru mengenai video seks yang sedang menjadi perhatian akibat dikatakan terlibatnya seorang pemimpin pembangkang dalam perlakuan itu. Satu group yang menamakan RAKYAT TUNTUT SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA VIDEO SEKS diwujudkan. Tujuan group ini diwujudkan adalah untuk mewujudkan sebuah badan siasatan yang lebih telus dan tidak dipengaruhi mana-mana parti politik.

Dari pemerhatian Belalang, cepat juga ahli group ini mertambah. Kelmarin yang like sebanyak 500 lebih. Hari ni dah bertambah sehingga 700 lebih. Untuk melihat aktiviti atau apa kata para penggemar group ini, korang sila la lawatinya sendiri ye.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close