Terdesak Suruh Orang Klik Iklan? Kenapa Begitu?

Memang hangin satu badan kelmarin Belalang apabila telah terkena dengan situasi seperti tajuk di atas. Sebelum ni Belalang hanya membaca penulisan blogger-blogger lain mengenai ada segelintir blogger yang sengaja menipu kita supaya kita klik iklan dia. Kali ni Belalang sendiri dah alami.

Kelmarin sedang Belalang menjengah beberapa blog politik untuk mencari bahan mengenai politik semasa, tiba-tiba Belalang terlihat satu tajuk yang ditinggalkan oleh seorang blogger di ruangan komen blog tesebut. Tajuk memang gempak ya amat. Tanpa mengesyaki apa-apa Belalang pun terus ke link blog tersebut.
Di blog itu terdapat la story yang agak panas beserta satu gambar yan sangat kecik kononnya print screen dari sebuah akhbar online. Untuk menguatkan lagi entry tersebut, tuan blog itu telah meletakan dua link yang didakwanya video mengenai kejadian yang dia ceritakan.
Nak tau apa yang jadi bila diklik pada link tersebut? terus saja keluar iklan chrup chrup. Terkejut kejap Belalang sebab tak sangka ada blogger yang sanggup amik kesempatan diatas sesuatu isu itu semata-mata kepentingan dirinya. Rupa-rupanya berita yang disiarkan oleh blogger tersebut ternyata tipu! Print screen yang dia sertakan itu juga bila diklik akan membawa kita ke iklan kempen chrup chrupnya.
Pesanan Belalang kepada blogger-blogger lain, nak cari duit di internet buat la dengan cara yang betul. Jangan menipu orang sebegitu. Duit itu akan digunakan oleh engkau untuk tujuan tertentu. Cuba bayangkan setiap orang yang klik itu menyumpah dan mengatakan “tak halal duit engaku sebab tipu aku”! apa macam?
Itu baru satu bab berkaitan dengan orang marah sebab kena tipu. Macam mana pula kalau akhbar online yang engkau guna tu saman kau sebab gunakan namanya dan siarkan satu berita palsu? Bukan kecik-kecik berita engkau main tu. Jawapnya makan tak habis la engkau.
Pikir-pikir la kasi habis sebelum lakukan perkara begitu. Dah terlajak kena saman ke hape, baru nak nyesal, takde guna dah la.
Facebook Comments

Comments are closed.

Close