Telur Ayam Tiruan Dikesan Di Pulau Pinang

Belalang pernah menerima satu email yang menunjukkan beberapa keping gambar cara membuat telur ayam tiruan. Kononnya telur ayam tiruan itu dihasilkan di China. Serius Belalang ingat hal itu tipu. Mana mungkin telur ayam boleh dibuat tiruan.

Tapi apabila membaca bahawa telur ayam tiruan ini telah ada di Pulau Pinang, barulah Belalang percaya isi email yang Belalang terima lama dahulu rupanya benar. Korang cuba baca berita yang Belalang petik dari Sinar harian ini.

————————————-

Rupanya sebiji macam telur ayam tetapi rupa-rupanya ia telur ayam tiruan yang diperbuat daripada bahan kimia yang dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan pengguna dan dijual di pasaran terbuka di Pulau Pinang.


Dipercayai, telur palsu itu bersaiz lebih besar daripada telur ayam sebenar dan apabila dipecahkan ia tidak mempunyai pusat telur, tidak berbau, berkilat dan kasar,.


Demikian menurut Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang telah menerima aduan daripada pengguna yang membeli 30 biji telur tiruan itu pada harga RM11 di pasar Pulau Tikus di sini semalam.


Untuk membaca berita penuh, klik sini.

—————————————

Hal ini sesuatu yang serius. Ia berkaitan dengan kesihatan seseorang. Harap pihak berwajib segera ambil tindakan kepada peniaga yang menggunakan telur tiruan ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close