Siti Nurhaliza Nafi Mengandung

Ingat lagi tak entry Belalang yang bertajuk Siti Nurhaliza Mengandung? Kecoh juga hal itu kerana rata-rata peminat muzik tanah air memang menanti berita gembira itu. Siti dan Dato Khalid yang nak menimang cahaya mata, peminat pula yang excited lebih. Hahaha

Rupa-rupanya seperti juga berita-berita tentang Siti hamil sebelum ini, berita terbaru ini juga rupanya tidak benar sama sekali kerana empunya badan telah bersuara. Siti dalam kenyataan Twitternya telah menyatakan yang dirinya bukan mengandung sebaliknya hanya mengandungkan lemak (sempat buat lawak).

Kalau macam tu tak mengapalah Dato Siti. Mungkin masih belum ada rezeki untuk menimang cahaya mata. sekiranya korang nak melihat print screen statement Siti tersebut, klik sini.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close