Shazryl Eskay Batalkan Upacara Sumpah Laknat

Upacara melafazkan sumpah laknat oleh ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah, berhubung rakaman video seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang dibatalkan.

Perkara ini diumumkan pengerusi Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul, kepada jemaah sebentar tadi.
Beliau juga meminta jemaah yang masih berkumpul dalam dewan solat supaya beredar.
Keadaan agak tegang sejak selepas selesai solat Jumaat tadi apabila kumpulan jemaah yang dipercayai penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) berasak di dewan solat untuk membantah upacara itu.

Semalam, Shazryl Eskay mengumumkan beliau akan melakukan sumpah itu selepas solat Jumaat.

Bagaimanapun, beliau tidak kelihatan di masjid itu, mungkin kerana faktor keselamatan.

-Gambar diambil dari blog KLpos.com

Facebook Comments

Comments are closed.

Close