Saman PRDM RM20j Di Tolak Makhamah

Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak dengan kos dua saman bernilai RM20 juta seorang ahli perniagaan Datuk Nik Sapeia Nik Yusoff terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kerajaan Malaysia.

Hakim Ahmad Zaidi Ibrahim juga memerintahkan Nik Sapeia menanggung kos sebanyak RM60,000 bagi kes saman berhubung dakwaan menyebabkan kecederaan terhadap bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada 28 Julai 2006.

Dalam penghakimannya, Ahmad Zaidi berkata, kedua-dua saman ditolak selepas Nik Sapeia gagal membuktikan tuntutan beliau. Ahmad Zaidi berkata, tindakan defendan menahan Nik Sapeia selama sejam 15 minit adalah wajar walaupun tempoh reman telah tamat, kerana ia melibatkan perjalanan plaintif yang dibawa ke balai polis serta prosedur keterangan seperti mengambil gambar, cap jari dan kawad cam.

Nik Sapeia diwakili peguam Zainal Abidin Mustafa, manakala PDRM dan kerajaan Malaysia oleh Peguam Kanan Persekutuan Idham Abdul Ghani.

– Bernama

Facebook Comments
Close