Sakit Kerongkong

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat dan pengunjung bawah tanah sekalian. Amacam, sihat ke? Bagus la kalau sihat. Jaga diri elok-elok. Sekarang nih musim demam dan musim sakit mata. Belalang salah seorang yang terkena tempias dua sakit itu. Tapi Belalang tak sakit mata. Hanya demam dan sakit kerongkong.

Kelmarin tekak ni dah start rasa semacam jer. Pastu sebelum tido rasa macam tekak ni perit sangat-sangat, macam luka. Dan hari ni bila bangun dari tido badan dah start panas. Kerongkong ni punya la sakit ya amat. Telan air liur rasa perit teramat sangat. Dah tu segala makanan yang ditelan terasa hambar sangat. Tawar je rasa. Nasi pun tengah hari tadi makan dua tiga suap jer. Tensen betul.

Rasanya mungkin sakit Belalang nih berpunca dari cuaca yang tak menentu dua tiga menjak nih. Bila hari panas, memang bahang ya amat. Tapi dalam tengah bahang tu, tiba-tiba lak boleh ujan turun. Mau nya badan tak terkejut.

Belalang Jr pun dah terjangkit sekali dengan sakit Belalang nih. Dari semalam batuk tak henti-henti. Tengok la esok kalau tak kurang jugak, baru nak pegi jumpa doktor. Letih wo macam ni. Tiada terasa nikmat makanan yang ditelan. Waktu ni baru terpikir bertapa bersyukurnya jadi orang yang sihat sebelum nih.

Kepada korang yang tak diserang apa-apa sakit, Belalang doakan korang akan sentiasa sihat. Jaga diri elok-elok tau. Jangan jatuh sakit lak. Nanti kalau korang sakit, tak boleh datang lawat Belalang di bawah tanah ni pulak. Hee…

Terima kasih…

Facebook Comments

Comments are closed.

Close