Rakyat Malaysia Diculik Di Ivory Coast

ABIDJAN, Ivory Coast 5 April – Seorang rakyat Malaysia, dua warga Perancis dan seorang rakyat Benin diculik oleh sekumpulan lelaki bersenjata dari Hotel Novotel di sini semalam.


“Empat orang diculik, terdiri daripada dua warga Perancis, seorang dari Benin dan seorang rakyat Malaysia, oleh enam hingga tujuh lelaki bersenjata yang menceroboh masuk ke Hotel Novotel,” kata satu sumber diplomatik.


Hotel itu terletak di kawasan yang dikuasai oleh penyokong bekas Presiden yang enggan melepaskan kuasa, Laurent Gbagbo.


– AFP

—————————————————-

Semoga mereka yang diculik berada dalam keadaan sihat dan tidak di apa-apakan.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close