Pulau Pinang Akan Dijadikan Bandar Mertopolis

Penduduk Pulau Pinang semestinya gembira dengan perkhabaran oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa kerajaan pusat akan membangunkan negeri itu menjadi bandar metropolis.

Di bawah Belalang sertakan berita mengenai hal itu.

—————————————-

Kerajaan pusat akan membangunkan Pulau Pinang sebagai bandar metropolis ketiga dalam negara, selepas Lembah Klang dan Johor Baharu.


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sebuah jawatankuasa yang dianggotai oleh Badan Pelaksana Koridor Utara (NCIA), Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (Pemandu) dan Khazanah Nasional Bhd. dipertanggungjawabkan untuk mengkaji pelaksanaan rancangan itu.


“Jawatankuasa ini akan membuat laporan kepada Majlis Ekonomi mengenai hasil kajian itu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Jamuan Mesra Rakyat di Kampung Permatang Pasir di sini, hari ini.


Beliau berkata, pembangunan bandar metropolis itu dijangka dapat meningkatkan lagi pelaburan di Pulau Pinang, dan menurutnya ini membuktikan bahawa kerajaan pusat tidak meminggir, malah sentiasa berusaha memajukan Pulau Pinang. 


– Bernama



Facebook Comments

Comments are closed.

Close