Perancis: Dedah Payu Dara Tak Apa, Purdah Haram

Apa punya undang-undang ni? Tunjuk payu dara tak salah tapi berpakaian purdah salah dan boleh ditangkap dan didenda sebanyak RM645. Hebat! Islam ditindas lagi.

——————————-

 Undang-undang pertama di dunia yang mengharamkan pemakaian purdah mula berkuat kuasa di Perancis semalam, bermakna wanita boleh mendedahkan payu dara di Cannes tetapi tidak boleh menutup muka di Champs-Elysees.


Dua wanita berpurdah ditangkap semasa menyertai satu protes di bandar raya ini hanya beberapa jam selepas pengharaman itu berkuat kuasa semalam, tetapi tidak jelas sama ada mereka turut didenda sebanyak AS$125 (RM645) di bawah undang-undang tersebut.


Demonstrasi yang diharamkan itu, di dataran berbatu menghadap gereja Notre Dame, penuh simbolik dengan sejarah zaman pertengahan Perancis dan semangat memberontak yang biasa ditunjukkan oleh warganya pada zaman moden.


Sesetengah pihak melihat pengharaman itu sebagai menandakan sentimen Islamofobia yang semakin menular.


Namun, kerajaan Presiden Nicolas Sarkozy mempertahankan undang-undang itu sebagai benteng yang melindungi identiti Perancis daripada ketidaksamaan dan fahaman pelampau


Baca berita penuh disini.

———————————–
Banyak lagi undang-undang yang lebih relevan boleh dikuatkuasakan tapi undang-undang berkaitan dengan purdah wanita juga yang mereka pilih.
Facebook Comments

Comments are closed.

Close