Penjelasan Mengenai Melayu Dihina

Sudahkah korang membaca entry Belalang sebelum ini yang menceritakan seorang lelaki indian meroyan memaki seorang wanita melayu? Kalau belum sila baca dahulu untuk mengelakan anda tak paham dengan entry sambungan ini. Klik sini.

Sudah baca? Baik, mari kita baca penjelasan Belalang yang selebihnya di entry ini. Rata-rata yang membaca entry Belalang sebelum ini melahirkan rasa marah dan tak puas hati kerana mengapa tiada siapa yang masuk campur dalam mempertahankan wanita tersebut? Siap ada yang membuat entry marah lagi sebab Belalang tak tolong wanita tersebut. Baca entry itu di sini.

Mari Belalang perincikan lagi bagaimana suasana keadaan di dalam tempat ATM itu ketika kejadian. Guard yang bertugas dalam kerja-kerja mengambil duit terdiri dari 5 orang dan salah seorang daripada mereka memegang senapang. Pada pemerhatian Belalang terdapat kira-kira 4 orang lagi melayu termasuk satu couple yang sedang menanti giliran untuk memasukan duit. Di luar pula terdapat sekumpulan bebudak motorsikal yang terdiri dalam 6 orang. Kesemunya melayu juga.

Soalan yang banyak Belalang terima ialah mengapa Belalang dan lain-lain tidak mengambil tindakan terhadap lelaki india tersebut? Takutkah kami semua dengan lelaki India tersebut?… Mungkin itu yang dilabel dan difikirkan oleh korang yang membaca entry Belalang.

Ada dua perkara yang Belalang dan guard (sempat berbual kejap) itu rasa mendorong lelaki tersebut bertindak begitu. Pertama dia mungkin berada dalam keadaan mabuk dan yang kedua dia memang jenis yang memang kurang ajar. Bagi korang yang belum pernah sampai di Kulim mungkin tak pernah tahu yang di Kulim isu ketegangan antara kaum agak hebat satu masa dulu. Baca sini jika korang nak tau apa yang pernah berlaku di Kulim.

Tetapi bagi diri Belalang sendiri, Belalang tidak bertindak untuk masuk campur kerana si tua tersebut hanya melakukan provokasi dengan kata-kata dan tak melakukan serangan fizikal. Sekiranya berlaku serangan fizikal, Belalang yakin bukan Belalang sahaja, sesiapa yang berada disitu termasuk guard yang pegang senapang tu wajib masuk campur. masing-masing yang berada disitu bukan hanya berpeluk tubuh sahaja dan buat-buat pekak telinga. Sebaliknya kami tetap mengawasi pergerakan lelaki india tersebut termasuk sewaktu dia keluar mengejar wanita itu. Kami semua masih mengawasi wanita itu dan Belalang dapat melihat wanita tersebut selamat menaiki keretanya.

Lelaki india itu juga selepas wanita itu pergi, beberapa minit selepas sahabatnya habis memasukan duit, mereka juga beredar. Jadi perkara itu habis disitu.

Dalam hal ini mungkin kita tak patut membalas provokasi yang ditimbulkan oleh lelaki india tersebut. Perkara yang bermula dari hanya pertengkaran mungkin boleh menjadi hal yang lebih besar dan buruk lebih dari yang kita sangkakan jika kita juga menunjukan moral yang sama taraf dengan lelaki india itu. Ingat, bercakap memang mudah dari melakukan tindakan.

Akhir kata dari Belalang, sekiranya korang berada di tempat Belalang, Belalang yakin korang akan mengerti mengapa Belalang dan lain-lain tidak masuk campur atau bertindak memaki hamun lelaki india tersebut.
 Dan sekiranya negara itu tak mempunyai undang-undang, lagi la mudah untuk bertindak.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close