Pengacara TV3 Ahmad Fedtri Berkahwin 29 Mei

Penerbit dan pengacara TV3, Ahmad Fedtri Yahya bakal menamatkan zaman bujangnya dengan pasangannya, Nurul Inati Ismail, 26 tahun pada 29 Mei ini.

Mula berkenalan sekitar tahun lalu di sebuah majlis usrah Aidilfitri di Masjid Attaqwa, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur itu terus membuka pintu hatinya untuk berkahwin.

Gadis pilihan Ahmad Fedtri yang juga seorang guru dan berasal Kelantan itu terlalu istimewa di matanya kerana mempunyai ciri-ciri wanita Islam yang dicarinya.

Majlis perkahwinan mereka berkonsepkan sekolah pondok akan diadakan di rumah bakal isterinya. Manakala majlis di pihaknya pula berkonsepkan Manisnya Ukhwah di Pantai Remis, Perak pada 11 Jun.

Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada Februari lalu yang hanya dihadiri saudara terdekat.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close