Pemuda sesat Di Hutan Bukit Mertajam, Ditemui

 “Selepas melaungkan azan berkali-kali, baru saya terdengar suara Hanif minta tolong,” kata seorang penduduk Kampung Cherok To’ Kun, di sini, yang terbabit dalam operasi mencari mangsa sesat dalam hutan Bukit Mertajam, kelmarin.


Shahruddin Che Amat, 38, berkata selepas mendengar suara mangsa, dia bersama beberapa penduduk terpaksa meredah dan menebas belukar sejauh 10 meter sebelum menemui Mohd Hanif Hashim, 23, dalam gaung.


Mohd Hanif ditemui jam 12 tengah malam semalam dalam keadaan keletihan selepas sesat dalam hutan kira-kira tujuh jam.


Shahruddin berkata, sebaik mengenal pasti Mohd Hanif berada dalam gaung sedalam kira-kira enam meter itu, dia meminta dua remaja turun ke gaung untuk menyelamatkan mangsa.


Baca berita penuh di sini.

——————————————–

Dulu-dulu Belalang selalu juga ke sini. Melihat pada sekitar kawasan macam biasa sahaja. Tak sangka pulak ramai yang sesat di sini. Bahaya betul. Mujur la mangsa sesat itu selamat dan tiada apa-apa.

Facebook Comments
Close