Pemilik Jam Omega Akan Diketahui Waktu Terdekat

Teka-teki siapakah pemilik sebenar jam tangan Omega yang diserahkan oleh Datuk Eskay bakal terjawab tidak lama lagi apabila pihak polis mendapat pengesahan daripada pengedar jam brand Omega itu nanti.

—————————————-

Pemilik sebenar jam tangan omega yang diserahkan ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay, kepada polis akan diketahui dalam masa terdekat selepas polis menerima pengesahan daripada pengedar jenama jam berkenaan. 


Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani, berkata pihaknya percaya pemilik jam tangan itu akan dapat dikenal pasti menerusi kad pendaftaran yang dikeluarkan syarikat pengedar kepada pembelinya.


Beliau berkata, sehingga kini pihaknya masih belum membuat keputusan sama ada akan meminta Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan jam tangan Omega beliau kerana ia bergantung hasil siasatan yang dijalankan.


– Berita Harian



Facebook Comments

Comments are closed.

Close