Pelancaran Celcom iPhone 4 Esok

Celcom Axiata Bhd akan melancarkan iPhone 4 di Malaysia esok dengan pelbagai pelan khusus bagi para pelanggan iPhone.

Dalam satu kenyataan, peneraju syarikat telekomunikasi mudah alih itu berkata iPhone 4 adalah telefon paling berinovatif di dunia, dengan menyediakan ciri-ciri paparan Retina yang memegunkan dari Apple, paparan resolusi tertinggi yang pernah dibina ke dalam satu telefon yang menghasilkan teks rapuh yang menakjubkan, imej dan video, dan “FaceTime,” yang akan menjadikan panggilan video satu realiti.

iPhone 4, yang dikuasakan oleh cip A4 Apple, menyediakan ciri-ciri kamera 5.0 megapixe dengan “flash” LED dan rakaman video HD dan disertakan iOS 4, yang merupakan sistem operasi mudah alih paling maju di dunia.

– Bernama

Facebook Comments
Close